Saturday, October 9, 2010

tok batin...

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu


Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan

masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat

Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.

Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka

dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari



kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan

dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la……. Maka pada

suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya… lalu

diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu

lagi (memang tak pernah pakai…. biasa berkaki ayam je..)



Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat

hentian bas….. Tok Batin cuba kontrol macho…. lalu bertanya pada

seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, “Bas perghi pekan dah



syampai…..?” Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu….



“Sekejap lagi sampai ler tu…..”, sahut pemuda tu selamba.



Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia

kelam kabut sikit… maklum ler first time naik bas. Last sekali dia

naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.



“Tok Batin nak gi maner….?”, mat konduktor sure kenal tu mesti org

asli dari cara dia berpakaian.



” Aaaa….. nak perghi pekan ler…. nak tenghok citer Hindustan..”,

jawabTok selamba…. lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak



lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.



Apabila sampai aje di pekan… konduktor memberi tahu penumpang, “OK

dah sampai turun pelan-pelan…..!”



Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju…

terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun

mukanya cemas… Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu



dia bertanya, “Hah. Tok…. apasal pulak tu……..?”



Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, “Mana shelipar aku….. tadi aku

naik aku taruk kat bawah tangga nie……. sapha kebassshh sheliparr

aku………!!”

No comments:

Post a Comment