Saturday, October 9, 2010

lupe sgt..hu3...

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala


hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara

fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan

diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala

perkara.



Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV…

Tiba-tiba si atuk berdiri..



Nenek : “Mahu kemana?”



Atuk : “Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air”



Nenek : “Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA”



Atuk : “OK ..”



Nenek : “Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa”



Atuk : “Ah tidak perlu.. aku ingat… Aiskrim vanila kan?”



Nenek : “Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya”



Atuk : “Beres .. !!”



Nenek : “Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan

lupa semuanya”



Atuk : “Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry

dan krimnya bukan?”



Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek

sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.



Nenek : (Dengan wajah terkejut) “Nah, Aku dah kata..abang akan lupa

pesananku… sepatutnya ditulis dulu”



Atuk : “Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?”



Nenek : “ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY.”

No comments:

Post a Comment