Saturday, October 9, 2010

gosok mate...

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.




Penemuduga: “Bagaimana kaki kamu boleh kudung?”



Lelaki: “Cedera ketika perang dunia kedua.”



Penemuduga: “Kenapa tangan kamu bercangkuk?”



Lelaki: “Terpotong dengan pisau besar!”



Penemuduga: “Mata kamu pula?”



Lelaki: “Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.”



Penemuduga: “Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?”



Lelaki: “Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

anak yg bek...

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya….




Wanita 1: “Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna”



Wanita 2: “Apakah dia merokok?”



Wanita 1: “Oh, tidak!…tidak sama sekali!”



Wanita 2: “Dia kekadang minum bir?”



Wanita 1: “Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik”



Wanita 2: “Dia kuat bersosial… dan selalu pulang larut malam ke rumah?”



Wanita 1: “Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga”



Wanita 2: “Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?”



Wanita 1: “Minggu depan akan genap usianya enam bulan!”

padan muke!!kah3...

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu


juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.



“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor

yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari

situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta

tersebut.



Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya

kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya

pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………



Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu

memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari

kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas

dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais

dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan

menu lainnya.



Amin memberikannya

kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,

“Bau sudu yang ini sedap juga, seperti

habis diguna untuk makan ayam

bakar dengan sayur ulam dan sambal

belacan.” Amin mengiyakan dan si

lelaki buta memesan makanan tersebut.



Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.

Dia datang lebih awal ketika belum

ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang

boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat

nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan

sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati,

kamu usapkan sudu ini di

ketiak kamu”



“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.



“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah

memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan

menyerahkan kembali kepada Amin.



Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta

itupun menghidu sudu itu, dengan

mengernyitkan keningnya, lelaki buta

tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di

sini……. boleh saya jumpa dia”



Amin: ????????????????.(bengang)

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………

lupe sgt..hu3...

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala


hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara

fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan

diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala

perkara.



Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV…

Tiba-tiba si atuk berdiri..



Nenek : “Mahu kemana?”



Atuk : “Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air”



Nenek : “Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA”



Atuk : “OK ..”



Nenek : “Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa”



Atuk : “Ah tidak perlu.. aku ingat… Aiskrim vanila kan?”



Nenek : “Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya”



Atuk : “Beres .. !!”



Nenek : “Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan

lupa semuanya”



Atuk : “Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry

dan krimnya bukan?”



Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek

sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.



Nenek : (Dengan wajah terkejut) “Nah, Aku dah kata..abang akan lupa

pesananku… sepatutnya ditulis dulu”



Atuk : “Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?”



Nenek : “ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY.”

racun....

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea… Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..




‘AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN’



Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..



Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang… tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..



‘KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN’

ala si montel..hu3...

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu


alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan

membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita

oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba

di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM

1.00..mesin komputer menjawab: “47 kg!”

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer

menjawab: “52 kg!”



Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang

cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.

Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

“Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!”

lawan sedut!!!

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.


Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,….(peserta pertama pun bersedia) Siapppp …. Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata “Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!”,

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!…. Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang…. semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata “Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja…!!”,

Sekarang giliran peserta ke tiga….dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya…sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya… tiba tiba…..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : “Saudara saudara para penonton sekalian…Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ……….!”